PROFIL

Nor Hidayah A Rahman @ A Rahim
Founder
SNL Curtain Designer & Consultancy ditubuhkan pada 25hb Mac 2021. Merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang terlibat dengan kerja-kerja pembuatan Langsir dan Cadar, alas meja, pakaian dan telekung, pemasangan rod dan rel langsir, penjualan pola, aksesori langsir serta memberi khidmat tenaga pengajar melalui kelas jahitan
I am not here to be average, I am here to be awesome

Hidayah
Founder
Play Video
visi
Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang menghasilkan produk yang berkualiti serta mencapai kepuasan pelanggan yang maksimum
PENGALAMAN KERJA
- Tempahan langsir beserta pemasangan 1 blok asrama 3 tingkat di asrama Abu Ayyub, Maahad Johor
- Tempahan langsir beserta pemasangan bagi banglo milik Pn Nor Hidayati binti Yusof di Bandar Indahpura, Kulai, Johor
- Tempahan langsir beserta pemasangan bagi banglo milik Pn Normah di Pontian, Johor
- Tempahan Langsir bagi 1 blok sekolah di SMK Sri Alam 2
- Tempahan jahitan pukal langsir oleh Zelinas Curtain
- Tempahan cadar asrama bagi SMK Sultan Ismail
- Tempahan langsir beserta pemasangan di klinik MM Care, Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru, Johor
- Tenaga Pengajar bagi kursus jahitan cadar dan langsir anjuran Waqaf An-Nur dan Printis Empire Consultancy
- Tempahan skirting meja guru SK Kangkar Pulai 1, Johor Bahru, Johor
- Penyewaan set jubah konvokesyen bagi Kolej Komuniti Batu Pahat
- Tempahan langsir di Accident & Emergency Department di Hospital Gleneagles Medini, Johor Bahru Johor